Kita semua mengetahui betapa pentingnya air untuk kesihatan tubuh badan kita. Tubuh kita terdiri dari 50-70% air. Air penting untuk pelbagai fungsi fisiologi badan. Tidak mungkin sistem biologi dalam tubuh kita boleh berfungsi tanpa air. Antara peranan air adalah:

  • Membawa nutrient dan oksigen pada sel-sel badan.
  • Air bertindak menstabilkan suhu badan.
  • Sebagai pelincir pada sendi badan.
  • Membantu sistem panghadaman.
  • Menjadi pelembap pada tisu organ seperti mata.
  • Membantu menyingkirkan toksin dari badan.

 

Pakar kesihatan mengesyorkan supaya mengambil air kosong sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas sehari untuk mengekalkan kesihatan badan. Ini penting untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti seharian.